Ada beberapa kalimah yang sering bermain di bibir setiap orang,
kecil atau besar, tetapi tidak ramai di kalangan mereka yang memahami dengan
mendalam dan sungguhsungguh akan pengertian kalimah-kalimah itu. Dan oleh kerana terlampau banyak
dipertuturkan maka dengan sendirinya terbentuklah suatu pengertian secara
singkat di fikiran setiap orang. Bila seseorang menyebut kalimah tersebut maka
pengertian itulah yang dimaksudkan olehnya dan begitu juga bila seseorang
mendengar ianya disebut maka yang segera terlintas di fikirannya ialah
pengertian yang sempit itu juga, sedangkan makna dan ertinya yang tepat dan
padat masih lagi kabur di kalangan golongan terpelajar, apa lagi di kalangan
golongan awam yang jahil. Umpamanya dua
kalimah "ISLAM" dan "MUSLIM", alangkah larisnya ia
diucapkan. Tetapi berapa ramaikah di kalangan mereka yang menyebutnya itu yang
merasakan dengan sungguh-sungguh pengertian yang terkandung di dalam dua
kalimah itu. Berapa ramaikah di kalangan mereka yang mendengarnya yang memahami
dengan mendalam apa yang tersirat dari maksudnya. Sesungguhnya di kalangan orang muslimin
sendiri belakangkan yang bukan muslimin - 99% bahkan lebih ramai lagi yang
mendakwa diri mereka muslim dan mengaku agama mereka Islam, tetapi mereka tidak
mengetahui apakah dia muslim dan apakah dia Islam yang sebenarnya. Maka hari ini marilah kita mengambil sedikit
waktu untuk memahami dua kalimah ini.
Jika anda melihat kepada gelagat manusia di segi i'tikad dan
amalan, anda akan dapati mereka kebanyakannya terbahagi kepada tiga golongan.
Pertama: Orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan
beramal. Setiap perkara dalam hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat
mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka.
Cara bekerja bagi mereka ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka
tidak mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana agama dan tidak
mengikutinya. Kedua: Terdiri dari
orang-orang yang zahirnya berpegang pada suatu agama yang tertentu, tetapi pada
hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri. Mereka tidak
pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-pegangan
Apa Ertinya Anda Seorang Muslim
Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi 3
atau peraturan hidup. Kadang-kadang mereka mengambil setengah
pegangan mengikut kehendak hawa nafsu, kecenderungan dan keperluan diri dan
hidup mereka. Mereka bekerja dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan
agama mengikut rekaan mereka. Maka
mereka pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi agama yang menjadi penganut
hawa nafsu mereka.
Ketiga: Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka,
malah memberhentikannya langsung. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia dengan mengikut mereka
secara membabi-buta; sama ada manusia-manusia itu datuk nenek mereka atau
orang-orang yang semasa dengan mereka.
Golongan yang pertama, mereka ini tenggelam dalam kebebasan
sehingga mereka tidak mengetahui sempadan yang sebenarnya. Memang kebebasan
bekerja dan berfikir itu sesuatu yang betul kalau menurut had-hadnya, tetapi
bila sudah melampaui batas dia akan menjadi sesat. Seseorang yang hanya
bergantung pada pendapat sendiri sematamata dan menghukum menurut akalnya
sahaja dalam semua perkara akan terjerumus dalam salah faham dan kesilapan. Dia
merasakan bahawa ilmu dan akalnya telah meliputi semua perkara di dunia ini.
Tidak ada suatu hakikat pun dan tidak ada satu kebaikan pun yang terlindung
dari pengetahuannya. Dia menyangka bahawa dia mengetahui tanda-tanda di setiap
jalan, mengetahui setiap kesudahan suatu perkara sepertimana dia mengetahui
permulaannya. Sebenarnya sangkaan
seperti ini - bahawa dia mengetahui serta dapat memikirkan semua perkara - pada
hakikatnya adalah salah. Kalau seseorang itu mempergunakan akalnya dengan
sebenarnya nescaya akal itu akan menunjukkannya bahawa ia - akal - tidak
bersifat sepertimana yang disangkakan. Sesungguhnya seseorang yang memilih
akalnya sebagai pemandu dan hanya menuruti jalan yang ditunjukkan oleh akal
semata tidak akan terselamat dari kegelinciran, perlanggaran, kebinasaan dan
kesesatan.
Kebebasan berfikir dan bekerja seperti ini juga merbahaya bagi
sesuatu negara/perkumpulan masyarakat. Kerana kebebasan berfikir ertinya
seseorang itu tidak akan percaya kecuali apa yang betul menurut fikirannya dan
tidak akan menurut suatu jalan kecuali apa yang ditunjukkan oleh akalnya.
Sedangkan mengikut kehendak masyarakat pula kebalikan dari itu; iaitu setiap
individu yang berada didalam sesuatu masyarakat wajiblah mengikut
prinsip-prinsip dan dasar-dasar pokok yang terdapat dalam masyarakat itu.
Tindak-tanduknya mestilah bersesuaian dengan adat dan kebudayaan serta
undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakat. Ini bererti bahawa kebebasan
berfikir dan bekerja itu bertentangan dengan kehendak cara hidup bermasyarakat.
Sesungguhnya kebebasan seperti ini sering mencetuskan sifat-sifat
keakuan, keegoan dan kekacauan di kalangan individu, sedangkan masyarakat &
negara menghendaki mereka supaya patuh, taat dan setia. Oleh itu di mana ada
kebebasan yang mutlak maka tidak adalah tamadun negara dan di mana ada tamadun
maka tidak dapat tidak mereka terpaksa mengorbankan sedikit daripada kebebasan
berfikir dan beramal demi keuntungan yang lebih banyak.
Golongan yang kedua pula lebih buruk keadaannya dari golongan pertama.
Golongan pertama hanya sesat sahaja, tetapi golongan kedua pendusta, penipu
serta munafik. Sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikan antara agamanya,
fikirannya dan
Apa Ertinya Anda Seorang Muslim
Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi 4
kecenderungannya dalam batas-batas yang sihat, maka dia boleh
mengikuti agama dengan tidak mengurangkan kebebasannya dalam berfikir dan
bekerja. Begitu juga seandainya kecenderungan seseorang berlawanan dengan
agama, dia rela menerima hukum agama dan menyalahkan kecenderungannya maka
betullah dakwaannya bahawa ia mengikuti agama itu. Tetapi sebaliknya jika prinsipnya dan
amalannya terang-terang menyalahi ajaran agama, namun dia tetap menganggap
bahawa fikirannyalah yang betul sedang ajaran agarna itu salah, kemudian dia
cuba pula mengolah ajaran agama supaya sesuai dengan fikirannya dan tabiatnya;
maka orang yang serupa ini kita tidak sahaja menggelarnya bodoh kerana orang
yang bodoh tidak mungkin melakukan penipuan dan kepesongan yang seperti ini,
bahkan kita akan memanggilnya pendusta dan pembohong. Dan kita akan terpaksa
menuduh bahawa dia tidak berani menhentam agama dengan terus-terang lalu dia
mendakwa beriman dengan secara munafik. Jika tidak maka apakah gerangan yang
menghalangnya berpindah terus dari agama yang ajarannya bertentangan dengan
akalnya dan berlawanan dengan fikirannya serta menyekatnya dari mengikuti jalan
yang disukai oleh hatinya dengan sepenuhnya, malah jalan yang telah dilaluinya
dengan sebenarnya.
Dan golongan yang ketiga adalah paling jelek sekali berbanding
dengan golongan yang lain di segi kewarasan akal. Adapun kesalahan dua golongan
tadi ialah mereka membebankan akal dengan sesuatu yang di luar kemampuannya,
tetapi kesalahan golongan ini mereka tidak mempergunakan akal langsung, atau
menggunakannya dengan penggunaan yang tidak dapat dibezakan antara ada dengan
tidaknya. Manakah keaiban yang lebih
besar dari seorang berakal yang berpegang pada suatu akidah yang tertentu
tetapi tidak mempunyai sebarang dalil akan kebenaran akidah yang dipegangnya itu
kecuali hanya semata-mata ajaran itu dianuti oleh datuk neneknya atau lantaran
itulah yang dipegang oleh sesuatu bangsa yang sedang berada di puncak
ketinggian di zaman itu. Sesungguhnya
orang-orang yang memegang suatu jalan dalam hal-hal yang berhubungan dengan
keagamaan atau keduniaan yang diwarisinya dari datuk nenek atau generasi yang
terdahulu, ataupun ia memilih jalan lain berdasarkan bahawa jalan itulah yang
sedang dikagumi di kalangan bangsa-bangsa yang maju ketika itu, maka orang yang
seperti ini seolah-olah telah menonjolkan dirinya bahawa dalam kepalanya tidak
ada otak atau dalam otaknya tidak ada kekuatan untuk berfikir. Dia tidak punya
potensi untuk membezakan antara yang salah dengan yang betul. Andainya dia secara kebetulan dilahirkan di rumah
Yahudi maka dia akan percaya akan kebenaran agama Yahudi. Kalau dia dilahirkan
di rumah Islam maka dia percaya akan kebenaran Islam. Atau dilahirkan dalam
keluarga Kristian maka dia akan menjadi penganut Kristian. Begitulah dengan secara kebetulan juga, yang
berkuasa di zamannya bangsa kulit putih barat maka dia menganggap setiap
tradisi barat itu lambang kemajuan dan neraca kehebatan. Kalau yang berkuasa di
zamannya orang Cina nescaya baginya tradisi Cinalah yang menjadi lambang
kemajuan. Dan kalau yang berkuasa hari ini orang Negro di Afrika maka tidak
syak lagi Negrolah yang menjadi lambang ketamadunan manusia di sisi orang yang
berfikiran cetek tadi.
Sebenarnya bukanlah suatu bukti yang boleh diterima bahawa sesuatu
itu dikatakan betul atau benar kerana ia telah diamalkan oleh datuk nenek atau
generasi yang terdahulu atau kerana ia diamalkan oleh dunia hari ini. Andainya orang-orang bodoh yang dahulu dan
sekarang melakukan sesuatu, kita tidak seharusnya mengikuti orang orang itu
dengan membuta-tuli. Tidak sepatutnya kita
Apa Ertinya Anda Seorang Muslim
Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi 5
menuruti setiap jejak orang lama atau moden tanpa dikaji dan
difikirkan dahulu. Apakah kita mahu menambatkan diri kita di setiap ekor
binatang yang ditunggangi orang tanpa mempersoalkan apakah ia berlari ke jalan
yang penuh duri atau sedang menuju ke jurang kesesatan? Sesungguhnya kita telah diberi akal supaya
kita dapat membezakan antara yang betul dan yang palsu. Sebelum kita mengikuti
seseorang hendaklah kita melihat terlebih dahulu: Mahu ke manakah orang
ini?
Islam telah menganggap ketiga-tiga jenis orang ini sebagai
terjerumus dalam kebatilan dan kesesatan.
Adapun golongan yang pertama mereka tidak memilih orang yang membawa
cahaya sebagai pemandu bagi mereka dan di tangan mereka sendiri juga tidak
mempunyai cahaya yang sebenar untuk menyuluh jalan hidup mereka. Mereka tidak
ubahlah seperti melontar benda yang tidak ada atau meraba di dalam
gelap-gelita. Tidak boleh melangkah ke mana-mana atau akan terjerumus ke jurang
bahaya kerana mereka hanya mengagak-agak sendiri tanpa suatu kepastian. Mereka
menghadapi dua kemungkinan; sama ada salah atau betul, tetapi lebih dekat
kepada kesalahan. (Dan orang-orang yang
menyeru sekutu-sekutu (sembahan-sembahan) selain Allah, tidak mengikuti suatu
keyakinan kecuali prasangka belaka. Dan mereka hanyalah berdusta) Yunus:
66.
Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka sedang sesungguhnya
prasangka itu tidak berguna sedikitpun untuk mencapai kebenaran) An-Najm: 28. Mereka
tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa
nafsu mereka. Padahal sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari
Tuhan mereka. Atau apakah manusia akan dapat segala yang dicita-citakannya)
AnNajm: 23-24. (Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah
telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberi petunjuk sesudah Allah?)
AlJaatsiyah: 23. (Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti
hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk orang-orang yang zalim) Al-Qashash:
50.
Pendukung golongan kedua di zaman turunnya Al-Quran ialah Bani
Israel yang mendakwa menjadi pengikut Nabi Musa a.s. dan berpegang pada Taurat,
tetapi pegangan dan amalan mereka kebanyakannya berlawanan dengan pimpinan Musa
a.s. dan ajaran Taurat. Mereka tidak segan-segan dengan penyelewengan mereka
itu. Mereka bukan memperbetulkan fikiran dan amalan mereka. Mereka
menyembunyikan ajaran Taurat yang asal dan menggantikan di tempatnya fikiran
mereka sendiri seolaholah itulah pengajaran yang diturunkan. Orang-orang yang
cuba memberikan kesedaran kepada mereka dari berterusan dalam kesesatan dan
maksiat dan mengajak mereka kembali mengikut ajaran Allah yang berlawanan
dengan hawa nafsu mereka disambut dengan celaan dan cacian sehingga
kadang-kadang ada yang dibunuh. Kepada
mereka ini Allah berfirman: (Mereka suka merobah perkataan Allah dari
tempat-tempatnya dan mereka sengaja melupakan sebahagian dari apa yang mereka
telah diperingatkan dengannya dan kamu
Apa Ertinya Anda Seorang Muslim
Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi 6
Muhammad sentiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali
sedikit di antara mereka yang tidak berkhianat) Al-Maaidah: 13. (Hai Ahli
Kitab, mengapa kamu mencampur-adukkan yang hak dengan yang batil dan
menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuil) Al Imran:71. (Setiap datang
seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa
nafsu mereka, maka sebahagian dari Rasul-Rasul itu mereka dustakan dan
sebahagian yang lain mereka dibunuh) Al-Maaidah: 70.
Kemudian dengan terang-terang Allah berkata kepada mereka:
(Katakanlah: Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga
kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepadamu
dari Tuhanmu (Al-Quran) Al Maaidah: 68.
Dan tentang golongan yang ketiga pula Allah berfirman : (Dan
apabila dikatakan kepada mereka: "lkutilah apa yang telah diturunkan
Allah!" Mereka rnenjawab: "Tidak! Tetapi kami hanya mengikut apa yang
telah kami dapati dari perbuatan nenek rnoyang kami!" Apakah mereka akan
mengikuti juga walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun
dan tidak mendapat petunjuk) AlBaqarah: 170. (Apabila dikatakan kepada mereka:
"Marilah mengikut kepada apa yang diturunkan Allah dan kepada Rasul."
Mereka menjawab: "Cukuplah untuk
kami apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya." Apakah
mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu
tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula rnendapat petunjuk?) Al-Maaidah: 104.
(Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini nescaya
mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah
mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta) Al-An'aam:
116.
Golongan ketiga: Sesungguhnya orang-orang yang tidak menggunakan
akal dan fikiran mereka dan tidak tahu membezakan dengan sendiri antara yang
betul dan yang salah, malah mengikut sahaja orang lain dengan buta tuli telah
dihukum oleh Al-Quran dengan: (Mereka tuli, bisu dan buta. Mereka tidaklah akan
kembali ke ialan yang benar) AlBaqarah: 18. Dan diumpamakan mereka seperti
binatang, bahkan lebih jelek darinya, kerana binatang tidak mempunyai akal,
sedangkan mereka mempunyai akal tetapi tidak mempergunakannya. (Mereka itu
sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai) Al-A'raaf: 179.
Ketiga-tiga golongan yang melampau dan keterlaluan ini telah
ditolak oleh Al-Ouran dan menggantikannya dengan suatu umat yang sederhana dan
stabil, umat pertengahan yang menegakkan keadilan. Apakah jalan pertengahan dan kestabilan ini?
Inilah jalannya! Pertama-tama tembusilah
segala benteng kebudayaan lama dan aliran-aliran baru yang terbentang di
hadapan anda. Bukalah mata anda dalam
pancaran akal yang sejahtera dan waras dan pandanglah dengan sendiri yang mana
haq dan yang mana batil. Apakah atheisma
yang betul atau ketuhanan? Apakah tauhid yang betul atau syirik?
Apa Ertinya Anda Seorang Muslim
Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi
Apakah untuk merentasi jalan lurus manusia berhajat kepada hidayat
Allah Taala atau tidak? Apakah para Nabi
dan Muhammad a.s. semuanya benar atau dusta - barang dijauhkan Allah ? Apakah jalan yang ditunjukkan oleh Al-Quran
itu lurus atau bengkang-bengkok?
Andainya hati anda mengiktiraf bahawa: fitrah manusia memerlukan
keimanan kepada Tuhan dan, Tuhan itu
ialah Allah yang tiada sekutu bagi-Nya dan, hati kecil anda mengakui bahawa
manusia tidak dapat dinafikan lagi berhajat kepada nur dari sisi Allah demi
merentasi jalan yang lurus dalam hidupnya dan nur itu ialah apa yang telah
dibawakan oleh para Nabi dan Rasul a.s. yang merupakan petunjuk kebenaran untuk
manusia sepanjang zaman dan, sesungguhnya kehidupan murni yang dihayati oleh
Nabi Muhammad s.a.w. di dunia ini menunjukkan bahawa manusia yang menjalani
kehidupan yang penuh dengan kesucian yang maha tinggi itu tidak mungkin
sekali-kali menipu alam sejagat - jika ia telah mendakwa bahawasanya ia seorang
Rasul dari sisi Allah maka sudah pasti dakwaannya itu benar - dan, jika anda
membaca Al-Quran, akal anda memutuskan bahawa jalan yang lurus untuk dijadikan
pegangan dan amalan ialah yang dibentangkan oleh kitab ini dan, kitab ini tidak
diragukan lagi datangnya dari sisi Allah,
maka seharusnya anda jangan takut lagi kepada celaan orang yang mencela
atau keengkaran orang yang degil. Sebaliknya bersihkanlah hati anda dari segala
ketakutan akan kekurangan atau ketamakan akan keuntungan dan beriman serta
yakinlah dengan apa yang telah diakui oleh diri dan hati anda sendiri akan
kebenarannya. Dan apabila anda telah :
membezakan antara yang benar dengan yang palsu dengan akal yang waras yang
dianugerahkan oleh Allah kepada anda dan, anda telah memilih yang benar dari
yang palsu, maka telah selesailah tugas akal anda dalam mengkaji dan mengkritik.
Lalu berpindahlah kuasa pemerintahan dari akal manusia kepada Allah dan Rasul.
Tidak mungkin lagi bagi anda sesudah itu membuat keputusan dengan sendiri dalam
seluruh hidup anda. Sebaliknya anda wajib mematuhi setiap apa yang perintahkan
oleh Allah dan Rasul.
Memang anda tidak ditegah dari mempergunakan akal untuk memahami
hukum-hukum dan mengkaji hikmah hikmahnya untuk dilaksanakan dalam setiap aspek
kehidupan, tetapi anda tidak harus meragui dan mengungkit-ungkit apa yang
disuruh oleh Allah, sama ada: 1 anda memahami hikmatnya atau tidak, 2 sama ada ianya secocok dengan ukuran akal
anda atau tidak, 3 sama ada diputuskan
oleh Allah dan Rasul itu mendatangkan keuntungan untuk dunia anda atau tidak
dan, 4 sama ada perintah Rasul itu
sesuai dengan adat dan cara hidup yang diminati oleh orang ramai di dunia atau
bertentangan dengannya; MAKA tidak harus
lagi bagi anda dalam semua keadaan itu kecuali tunduk dan patuh. Kerana apabila
anda beriman kepada Allah, percaya akan Rasul serta yakin bahawasanya setiap
apa yang diseru oleh Rasul itu adalah datangnya dari Allah, bukan dari dirinya
sendiri (Dan dia tidak berkata menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri,
perkataan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.)An Najm:
3-4, maka logiknya dari penyerahan dan
keyakinan ini anda mengutamakan apa yang diputuskan oleh Allah dan Rasul dari
apa yang diputuskan oleh akal anda dan tidak seharusnya anda mengkritik dan
mengomen perintah-perintah dan larangan-
Apa Ertinya Anda Seorang Muslim
Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi 8
Larangan yang dibawa oleh Nabi dari sisi Allah dengan mempergunakan
keintelekan dan percubaan ujikaji orang lain.
Sesungguhnya orang yang berkata: “Aku orang yang beriman”, kemudian
selepas itu ia meragui dan mengungkit-ungkit apa yang didatangkan dari Allah
maka ertinya ia telah menolak dakwaannya sendiri dan membatalkan apa yang telah
diucapkannya. Ia tidak mengetahui bahawa iman dan ragu adalah dua perkataan
yang berlawanan yang tidak mungkin dicantumkan.
Setiap peraturan dan disiplin itu dibina diatas asas taat dan patuh,
sedangkan keraguan dan ungkitan tidak mendatangkan sesuatu kecuali kekacauan
dan kezaliman. Maka jalan yang sederhana
dan stabil inilah yang dinamakan sebagai 'ISLAM' dan golongan yang mengikuti
jalan inilah yang digelar 'MUSLIM'. Sesungguhnya Islam bererti tunduk, patuh
dan redha. Dan muslim ialah orang yang patuh kepada perintah pemerintah dan
larangan pelarang dengan kepatuhan yang penuh redha. Maka penamaan ini dengan
sendirinya menunjukkan bahawa tidak dibangkitkan golongan yang keempat ini di
dunia berasingan dari tiga golongan di atas serta jalan-jalan mereka yang
sesat, kecuali supaya mereka mengikuti perintah Allah dan Rasul dan tunduk
kepadanya. Sesungguhnya: tidak harus
bagi golongan ini mengikuti akalnya pada setiap urusan, tidak harus baginya mempermainkan hukum Allah
dengan mengambil apa yang sesuai dengan nafsunya dan meninggalkan apa yang
tidak sesuai, tidak harus baginya
melemparkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul ke belakang dan melencong mengikut
manusia-manusia dengan buta tuli, sama ada manusia-manusia yang masih hidup
atau sudah mati. Hakikat ini telah disebut oleh Al-Quran dengan jelas. la
berkata bahawa apabila datang perintah Allah kepada orang mukmin maka tiada
lagi pilihan baginya. (Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak
pula bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul telah manetapkan
suatu ketetapan, maka ada lagi bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan
mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya rnaka dia telah sesat,
sesat yang nyata) Al-Ahzab: 36. Dan ia berkata bahawa seorang yang mengambil
sebahagian dari Kitab Allah dan meninggalkan sebahagian yang lain akan membawa
kepada kehinaan di dunia dan akhirat.
(Apakah karnu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan engkar terhadap
sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripadamu,
melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka akan
dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lalai dari apa yang
kamu perbuat) AlBaqarah: 85.
Dan Al-Quran berkata lagi bahawa hukuman orang mukmin pada sesuatu
kes tertentu wajiblah berpandu kepada Kitab Allah sekalipun sesuai dengan
kehendak hawa nafsunya ataupun bertentangan dengannya. (Putuskanlah perkara
mereka rnenurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu
mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu)
Al-Maaidah:48.
Ia berkata juga sesiapa yang tidak menghukum menurut Kitab Allah maka ia adalah fasik.
(Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah
maka rnereka itu adalah orang-orang yang fasik) Al-Maaidah: 47.
Apa Ertinya Anda Seorang Muslim
Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi 9
Tidak ada komentar:
Posting Komentar